Selamat Datang Ke Blog Rasmi SMK PINTU GENG ...Selamat Datang Ke Blog Rasmi SMK PINTU GENG ...Selamat Datang Ke Blog Rasmi SMK PINTU GENG ...Selamat Datang Ke Blog Rasmi SMK PINTU GENG ...

Thursday, March 5, 2009

ASAL USUL NAMA SEKOLAH

USUL NAMA SEKOLAH DAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PINTU GENG

Nama Sekolah Menengah Kebangsaan Pintu Geng dipilih sempena nama kawasan atau kampung tempat sekolah ini dibina iaitu di Kampung Pintu Geng. Menurut cerita, suatu ketika dahulu terdapat sebuah istana yang didiami oleh satu keluarga diraja . Keluarga diraja tersebut bertanggungjawab mentadbir kawasan ini. Untuk memasuki istana tersebut, seseorang itu perlu melalui satu pintu besar. Menurut penduduk tempatan, pada waktu malam, pintu tersebut seringkali berbunyi “geng!” seolah-olah bunyi pintu itu ditolak walaupun sebenarnya tiada sesiapa yang memasukinya. Justeru penduduk di kawasan ini menggelarnya Kampung Pintu Geng.

Memandangkan sekolah ini merupakan sekolah menengah yang pertama dan satu-satunya sekolah menengah yang dibina di kampung ini, maka pihak pentadbir, guru-guru serta Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan telah bersepakat dan bersetuju menamakan sekolah sulung kelahiran Kampung Pintu Geng ini sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Pintu Geng.

Pada 1 haribulan Januari 1988, sekolah ini dengan rasminya dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Pintu Geng dan pada tarikh yang sama juga bermulanya sesi persekolahan yang pertama bagi sekolah ini.

PENGETUA-PENGETUA YANG PERNAH BERKHIDMAT DI SMKPG

HJ NIK RAZAK B NIK SALLEH 01/01/1988-15/06/1991
HJ MOHAMAD B AWANG 16/06/1991-15/01/1994
HJH WAN KARIMAH BT WAN YAACOB 16/01/1994-15/11/1995
HJH SITI ESHAH BT MAMAT 16/11/1995-31/12/1997
HJ MAT NOR B AWANG 01/01/1998-31/12/2005
ZAINON BT JAAFFAR 01/01/2006- 30/11/2011
PN SITI HAWA BT MUHAMMAD 1/12/2011 - SEKARANG