Selamat Datang Ke Blog Rasmi SMK PINTU GENG ...Selamat Datang Ke Blog Rasmi SMK PINTU GENG ...Selamat Datang Ke Blog Rasmi SMK PINTU GENG ...Selamat Datang Ke Blog Rasmi SMK PINTU GENG ...

Wednesday, January 11, 2012

PENGENALAN SEKOLAH

PENGENALAN SEKOLAH
TAFSIRAN LOGO SEKOLAH




WARNA : Terdapat dua warna asas bagi latar belakang logo ini iaitu :

· Warna Biru

Merupakan warna rasmi SMKPG. Warna biru ini melambangkan semangat kerjasama warga sekolah ke arah kecemerlangan.


· Warna Kuning

Warna yang menggambarkan kegigihan pelajar dalam mengejar cita – cita.


· Buku dan Pen Bulu Ayam

Lambang kepada kepentingan menuntut ilmu.


· Logo Alat Sukan

Lambang kecemerlangan dalam bidang kokurikulum.




MOTO SEKOLAH

BERILMU BERAMAL BERTAQWA

BERILMU
· Semua warga SMKPG mestilah bijak, berfikiran tuntas serta boleh melahirkan idea – idea yang mapan dan bernas.

BERAMAL
· Warga SMKPG juga hendaklah berpegang dan beramal dengan ajaran Al – Quran dan Sunnah dalam kehidupan seharian.

BERTAQWA

· Setiap warga SMKPG mestilah tunduk dan patuh kepada Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya.


SEJARAH PENUBUHAN DAN PERKEMBANGAN SEKOLAH


§ Nama Sekolah Menengah Kebangsaan Pintu Geng dipilih sempena nama kawasan atau kampung tempat sekolah ini dibina iaitu di Kampung Pintu Geng.

§ Menurut cerita yang disampaikan, pada suatu ketika dahulu terdapat sebuah istana yang didiami oleh sebuah keluarga diraja. Keluarga diraja tersebut bertanggungjawab mentadbir kawasan ini.

§ Untuk memasuki kawasan istana tersebut, seseorang itu perlu melalui satu pintu yang besar. Menurut penduduk tempatan, pada waktu malam,pintu besar tersebut seringkali berbunyi “geng !” seolah – olah bunyi pintu tersebut ditolak walaupun hakikatnya tiada sesiapa yang memasukinya. Justeru, penduduk di kawasan ini menggelarnya Kampung Pintu Geng.

§ Memandangkan sekolah ini merupakan sekolah menegah yang pertama dan satu – satunya sekolah menengah yang dibina di kawasan ini, maka pihak pentadbir, guru – guru serta Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan telah bersepakat dan bersetuju untuk menamakan sekolah sulung kelahiran Kampung Pintu Geng sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Pintu Geng.

§ Pada 1 Januari 1988, sekolah ini dengan rasminya dinamakan sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Pintu Geng dan pada tarikh itu juga bermulalah sesi persekolahan yang pertama bagi sekolah ini.


NAMA – NAMA PENGETUA YANG PERNAH BERKHIDMAT DI SMKPG


1. Tn. Hj.Nik Razak b. Nik Salleh ( 01.01.1988 – 15.06.1991)
2. Tn. Hj. Mohamad b. Awang ( 16.06.1991 – 15.01.1994)
3. Pn. Hjh. Wan Karimah bt. Wan Yaacob ( 16.01.1994 – 15.11.1995)
4. Pn. Hjh. Siti Eshah bt. Mamat (16.11.1995 – 31.12.1997 )
5. Pn. Hj Mat Nor b. Awang (01.01.1998 – 31.12.2005 )
6. Pn. Zainon bt. Jaaffar ( 01.01.2006 – SEKARANG)

DOA SYAHDU SEKOLAH


Ya Allah !
Kami pohon kepada Engkau
Sebagaimana dipohon oleh Rasulullah SAW,
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Kurniakanlah kepada kami
Tubuh badan dan akal yang sihat,
Hati yang bersih,
Akhlak yang mulia,
Usaha yang berkat,
Iman yang sempurna,
Ilmu yang berguna,
Amal yang diterima,
dan Kejayaan hidup
kepada pemimpin-pemimpin kami supaya
menjalankan tugas dengan baik,
dipanjangkan umur guru-guru kami,
Pelajar-pelajar SMKPG semoga dianugerahkan
Kecemerlangan dalam akademik dan sahsiah,
serta kecemerlangan dalam segala aktiviti,
Di dunia dan juga di akhirat.

LAGU SEKOLAH


Gagah berdiri disanjung dihormati
Mangkin semangat untuk terus berbakti
Putera dan puteri warga yang berdikari
Menjunjung nama sekolah yang bestari
*
Melahirkan pelajar berilmu
Untuk berbakti beramal
Mulialah bangsa beriman dan bertakwa

CHORUS
Ke arah kecemerlangan
Mahir di segala bidang
Berbanggalah sebuah nama
Anakmu pasti ke puncak dunia
**
Keseimbangan pendidikan
Resepi kejayaan
Akademik kokurikulum yang bersepadu
Membentuk sahsiah unggul

CHORUS
Ke arah kecemerlangan
Mahir di segala bidang
Berbanggalah sebuah nama
Anakmu pasti ke puncak dunia
SMK Pintu Geng terus mara

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PINTU GENG

VISI
Sekolah Menengah Kebangsaan Pintu Geng akan melahirkan pelajar cemerlang di peringkat negeri dalam bidang akademik, kokurikulum dan jati diri menjelang tahun 2016.



MISI
Memberi pendidikan berkualiti melalui pendekatan yang menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara.

§ Memperkasa P&P bagi melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan dalaman dan awam.
§ Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam permainan, kelab dan persatuan di peringkat negeri.
§ Melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri dalam SQ, EQ, IQ, dan CQ.




PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH

Bahawasanya kami warga SMKPG dengan penuh tekad dan iltizam, berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh usaha dan tenaga kami untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami seperti berikut :
PELAJAR
§ Menjamin pengajaran dan pembelajaran bermutu dan tepat
mengikut penjadualan
§ Menjamin suasana pembelajaran yang mesra, selesa, selamat dan pada setiap masa.
§ Sentiasa menyediakan ruang yang luas untuk perkembangkan bakat dan potensi pelajar dalam bidang kokurikulum.
§ Sentiasa berusaha membentuk keperibadian yang mulia selaras dengan tuntutan agama.
GURU
§ Menjamin pengagihan tugas guru dibuat secara adil mengikut keperluan semasa.
§ Sentiasa memberikan layanan yang baik dan mewujudkan hubungan mesra.
§ Bersedia berunding, membuat pertimbangaan dan menyelesaikan masalah pada bila-bila masa.
§ Menyediakan suasana tempat bertugas yang kondusif
IBU BAPA
§ menjamin layanan mesra dan segera kepada ibu bapa atau penjaga bagi mengatasi masalah pendidikan anak.
§ Setiap masalah, aduan, rayuan atau borang permohonan diproses dengan segera atau selewat-lewatnya dalam masa satu minggu sekiranya secara bertulis.
§ memastikan ibu bapa mendapat maklumat terkini tentang pencapaian pendidikan atau perkembangan sekolah.

KOMUNITI
§ Memberi kerjasama erat kepada semua aktiviti kemasyarakatan dalam hal-hal kemajuan pendidikan
STAKEHOLDER
§ Menjamin untuk menyempurnakan segala arahan dan urusan yang berkaitan daripada PPD, JPN, dan Kementerian Pendidikan.



MATLAMAT SEKOLAH



1. Memperbanyakkan pelajar bumiputera mendapat pendidikan berkualiti sebagai persediaan ke arah pendidikan tinggi untuk memenuhi keperluan negara.

2. Melahirkan insan dan warganegara yang bertanggungjawab, berilmu, beriman dan beramal sesuai dengan nilai – nilai hidup masyarakat Malaysia.

3. Melahirkan pelajar yang mempunyai kemampanan sahsiah yang mampu menghadapi alam remaja.

4. Mewujudkan warga sekolah yang mengamalkan budaya penyayang.

5. Menghasilkan pelajar yang dapat mengurus kerja – kerja dengan cekap, pantas, tepat dan bijaksana.

6. Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik serta mempunyai daya saing yang tinggi.

7. Mengembangkan potensi individu dengan mengungkit, memupuk dan memantapkan minat dan bakat individu dalam bidang kokurikulum hingga mencapai peringkat antarabangsa.

8. Memantapkan ketatasusilaan, kerohanian dan sahsiah ke arah jati diri yang unggul.